Jawatankuasa ini diwujudkan secara perundangan mengikut seksyen 14 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694). Ahli-ahli JKMR dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong daripada kalangan ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat mewakili parti pemerintah dan pembangkang. Peruntukan seksyen tersebut juga menetapkan tidak ada seorang pun Anggota Pentadbiran boleh dilantik menganggotai Jawatankuasa Khas ini.
SPRM berbesar hati memaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah berkenan untuk melantik ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa mulai 15 Julai 2021 hingga 14 Julai 2024.
Ahli-ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah yang telah dilantik bagi sesi ini adalah terdiri daripada:
Aras 20, Blok C, Ibu Pejabat SPRM,
No. 2, Lebuh Wawasan, Presint 7,
62250 Putrajaya.
E-mel: sekretariat.jkmr@sprm.gov.my
Tel: +603-8870 00714/Ps Norazilatulakmar binti Said