Wira Anti Rasuah (WAR)

Latar Belakang

Program Wira Anti Rasuah (WAR) bermula pada tahun 2014, di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ladang Harcroft, Puchong di Selangor, sebagai usaha mendekati komuniti Cina. Pendekatan strategik ini mensasarkan murid-murid sekolah rendah dan menengah serta guru-guru mereka.

Objektif

Objektif WAR adalah untuk membudayakan nilai-nilai amanah, jujur dan tidak mengambil hak orang lain dalam kehidupan seharian murid-murid. Pengamalan nilai-nilai positif ini akan melahirkan generasi yang tinggi tahap integritinya. Secara tidak langsung, murid-murid akan menyedari tentang bahaya dan keburukan jenayah rasuah.

Pelaksanaan Program WAR

Program WAR di sekolah dijalankan dengan kelulusan dan kebenaran daripada Bahagian Sukan, Kesenian dan Kokurikulum (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). KPM memberikan sokongan dan kerjasama yang sangat baik kepada SPRM dalam menjayakan Program WAR.

Pelaksanaan program WAR turut dimuatkan dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 4 yang mula digunakan pada tahun 2020.

Aktiviti utama semasa program WAR termasuklah taklimat, tayangan video, permainan antirasuah dan edaran bahan kempen. Kehadiran maskot SPRM iaitu Kapten MACC turut meninggalkan impak positif kepada murid-murid.

Statistik

Statistik pelaksanaan program WAR dari tahun 2014 sehingga sekarang adalah seperti berikut:

BIL SEKOLAH JUMLAH PELAJAR GURU
1 Sekolah Kebangsaan 43 3,912 655
2 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina 26 11,470 779
3 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil 8 646 115
4 Sekolah Menengah 48 5,183 402
5 MRSM 26 5,673 1,605
6 Sekolah Persendirian Cina 2 270 40
7 Sekolah Persendirian Agama 3 290 61
8 Taska Swasta 1 38 6
9 Sekolah Rendah Antarabangsa 1 145 20
10 Sekolah Menengah Swasta 1 81 -
11 Sekolah Menengah Sains (SBP) 2 221 -
12 Sekolah Sukan Malaysia 1 167 -
KESELURUHAN 162 28,096 3,683

*Data 2014 sehingga 31 Disember 2022

Untuk lihat senarai aktiviti menarik, sila klik disini

Hit : 30870