OKU Pendengaran

Laman ini diwujudkan khas oleh SPRM untuk OKU Pendengaran bagi memberi pendedahan mengenai rasuah di samping menjadi platform yang lebih efisien untuk diakses oleh golongan ini untuk melaporkan sebarang kes berkaitan rasuah.

Badan Pencegahan Rasuah (BPR) telah ditubuhkan pada 1 Oktober 1967 dan telah melalui beberapa perubahan sehingga dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bermula tahun 2009 sehingga hari ini dengan bidang kuasa yang lebih bebas, telus dan profesional dalam usaha mencegah rasuah di negara ini.

Selain itu, adalah penting untuk orang awam memahami bahawa rasuah ialah perbuatan menerima atau memberi suapan oleh seseorang sebagai upah untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu berkaitan dengan urusan rasmi beliau. Contoh suapan adalah seperti wang, upah, hadiah, bonus, jawatan, diskaun, undi dan perkhidmatan.


Empat kesalahan utama rasuah adalah (1) menerima rasuah; (2) memberi rasuah; (3) tuntutan palsu; dan (4) salah guna kuasa.

Peruntukan Seksyen 17A Akta SPRM 2009 menetapkan syarikat komersial adalah bersalah apabila pemilik dan pekerja memberi rasuah untuk faedah syarikat itu. Jika disabitkan, syarikat tersebut boleh didenda sekurang-kurangnya RM1 juta, atau dipenjara sehingga 20 tahun, atau kedua-duanya sekali.

Segera laporkan kes rasuah yang berlaku di sekeliling anda. Anda tidak perlu khuatir kerana SPRM menjaga kerahsiaan maklumat yang diterima berlandaskan Seksyen 65 Akta SPRM 2009 dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010. Selain itu, pemberi maklumat yang menjadi saksi kes berkaitan juga akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009.

Sekiranya gagal melaporkan kes rasuah, seseorang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 25 Akta SPRM 2009.

OKU Pendengaran boleh melaporkan rasuah melalui 7 saluran seperti berikut:

1. Portal Aduan Rasuah SPRM
2. Emel: info@sprm.gov.my
3. SMS: +6019-6000 696
4. Faks: +603-8870 0934
5. Terus melaporkan di Pejabat SPRM
6. Menghantar surat ke SPRM
7. Aplikasi mudah alih Mobile SPRM

Jika anda sukar untuk menulis, anda boleh menghantar sebarang pertanyaan dan maklumat berkaitan rasuah dalam bentuk rakaman video menggunakan Bahasa Isyarat Malaysia ke emel info@sprm.gov.my.

SPRM menyeru OKU Pendengaran untuk sama-sama membanteras rasuah di negara ini. Informasi berkenaan rasuah perlu disebar luas agar dapat mendidik masyarakat untuk menjauhi rasuah dan melaporkan sebarang kes rasuah. Laporan boleh dibuat menerusi mana-mana saluran aduan yang disediakan oleh SPRM.

MELAPORKAN RASUAH

SPRM menyediakan lapan saluran melaporkan kes rasuah, iaitu:

1. Portal Aduan Rasuah SPRM
2. Emel: info@sprm.gov.my
3. SMS: +6019-6000 696
4. Faks: +603-8870 0934
5. Terus melaporkan di Pejabat SPRM
6. Menghantar surat ke SPRM
7. Aplikasi mudah alih Mobile SPRM
8. Talian bebas tol: 1800-88-6000

Pengguna page ini, boleh gunakan saluran 1 hingga 7.

Bagi pengguna yang sukar untuk menulis, bolehlah menghantar pertanyaan dan maklumat berkaitan rasuah dalam bentuk rakaman video menggunakan Bahasa Isyarat Malaysia ke emel info@sprm.gov.my. SPRM bekerjasama dengan Persekutuan Orang Pekak Malaysia untuk menterjemah pertanyaan dan maklumat yang diterima.


Panduan Memberi Maklumat Yang Berkualiti

1) Pastikan maklumat yang diberi adalah di bawah bidang kuasa SPRM. SPRM hanya boleh bertindak ke atas maklumat yang di bawah bidang kuasanya.
2) Memberikan maklumat yang menjurus dan tidak terlalu umum. Kumpulkan maklumat dan sampaikan isi penting seperti :

3) Sertakan nama dan maklumat perhubungan anda.

SPRM menerima maklumat dari pemberi maklumat yang tidak dikenali, tetapi adalah lebih baik sekiranya kami dapat menghubungi semula anda bagi membantu kami bertindak dengan cepat dan lancar. SPRM tidak dapat bertindak ke atas banyak maklumat yang tiada maklumat perhubungan. Anda juga boleh mengetahui status maklumat anda melalui Sistem Pengurusan Aduan sekiranya anda menyertakan nama dan maklumat seperti emel atau nombor telefon mudah alih.

Emelkan pertanyaan dan maklumat anda kepada SPRM.