Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR)

Latar Belakang

Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) sebelum ini dikenali sebagai Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR). SPR ditubuhkan pada tahun 2007 susulan dapatan yang membimbangkan berdasarkan Kajian Persepsi Awam Terhadap Rasuah 2002 oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. Antara dapatan kajian adalah:

  • 15% daripada 494 pelajar yang menyatakan kesanggupan memberi rasuah untuk melicinkan urusan harian atau untuk menyelesaikan sesuatu urusan
  • 23% daripada pelajar menyatakan kesanggupan memberi rasuah untuk mengelak daripada sesuatu tindakan diambil terhadap mereka kerana telah melakukan sesuatu kesalahan; dan
  • 30% daripada 494 pelajar menyatakan sekirannya mempunyai kuasa, sanggup menerima rasuah jika berpeluang
Penubuhan SPR/AMAR

Sekitar tahun 2007, kerajaan dan Kementerian Pengajian Tinggi bersetuju menubuhkan SPR di 20 universiti awam di Malaysia dengan diberikan geran RM10,000 bagi setiap universiti. Pada 6 disember 2007, penubuhan SPR dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, YB Datuk Mustapa Mohamed.

Pada 22 Januari 2013, SPR diperluaskan lagi dengan penubuhan SPR di 27 Institut Pendidikan Guru seluruh Malaysia. Seterusnya, pada 31 Mei 2013, SPR ditubuhkan di 57 Institusi Pendidikan MARA yang meliputi Universiti Kuala Lumpur, Kolej Polytech MARA dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA.

Pada 24 September 2018, SPR dijenamakan semula dan dikenali Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR). Penjenamaan ini adalah bagi memberi imej serta identiti seragam di seluruh negara.

Visi AMAR

Mewujudkan generasi muda yang membenci rasuah dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang bebas rasuah.

Misi AMAR

Menerajui usaha pembudayaan nilai-nilai murni, pencegahan rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan pelajar IPT.

Objektif AMAR
  • Menerapkan nilai antirasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan pelajar IPT
  • Membudayakan nilai-nilai murni dan antirasuah dalam kalangan pelajar IPT
  • Mendedahkan pelajar IPT kepada program pencegahan rasuah
  • Melatih pelajar IPT kepada pengurusan pelaksanaan program pencegahan rasuah
  • Menjadikan pelajar IPT sebagai penyampai mesej antirasuah kepada warga kampus dan luar kampus
  • Menjadikan sumber rujukan dan pusat informasi mengenai jenayah rasuah dan salah guna kuasa
  • Menjadi pemangkin kerjasama antara SPRM dan IPT
Motto AMAR

Suara Mahasiswa Memerangi Rasuah

Nilai korporat AMAR
  • Jujur: Sifat jujur ini harus dimiliki oleh setiap manusia, kerana sifat dan sikap ini merupakan prinsip dasar dari cerminan akhlak dan keperibadian seseorang.
  • Komited: Bersungguh-sungguh dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan tanpa mengharapkan ganjaran. Melaksanakan sesuatu tindakan itu kerana didorong oleh minat dan kesukaan.
  • Bermaruah: Tidak melakukan perkara-perkara yang mencemarkan nama sentiasa menjaga nama baik dan imej kendiri.
Pencapaian AMAR
  • Pencalonan untuk Sheikh Tamim Bin Hamad Al-Thani International Anti-Corruption Excellence Award 2020 bagi kategori Anti-Corruption Youth Creativity and Engagement.
  • Anugerah Perak Pertandingan Inovasi sempena Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan 2020 (InnoMEDC 2020).
  • Anugerah Emas dan Naib Johan Pertandingan Inovasi Jabatan Perdana Menteri melalui projek Walk Stop Talk: Six Hours Quarter Million Messengers.
  • Pengiktirafan Malaysian Book of Record melalui Program Walk Stop Talk: Six Hours Quarter Million Messengers.
AMAR di IPT
  • 20 Universiti Awam
  • 27 Institut Pendidikan Guru
  • 56 Institusi Pengajian di bawah MARA
  • 12 Universiti Swasta
BUKU PANDUAN AMAR
Hit : 1915