SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 26 Jun 2019 dan seterusnya di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 27 Jun 2019.
Ahmad Zahid bakal menghadapi beberapa pertuduhan di kedua-dua mahkamah tersebut mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM 2009 dan 165 Kanun Keseksaan.
SPRM juga telah menahan Ahmad Zahid pada jam 10 pagi semalam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas beliau hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir berkenaan kes rasuah melibatkan Sistem Visa Luar Negara (VLN).
Beliau kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM.
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
25 JUN 2019