Kenyataan Media

Sebaran Hubungi SPRM Jika Tidak Dapat Bantuan Adalah Palsu

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan kononnya orang ramai perlu menghubungi talian bebas tol suruhanjaya berkenaan sekiranya mereka tidak mendapat agihan bantuan kerajaan seperti yang telah disebarkan di aplikasi WhatsApp serta media sosial hari ini.

SPRM tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seumpama itu yang dipercayai merujuk kepada bantuan khas COVID-19 yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.


SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

PUTRAJAYA

30 MAC 2020

Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |