Kenyataan Media

Lucut Hak RM194 Juta Empat Entiti SPRM Akan Kemuka Rayuan

BERHUBUNG keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 19 Jun 2020 yang menolak saman kerajaan untuk melucut hak wang berjumlah RM194 juta didakwa berkaitan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jabatan Peguam Negara akan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan dalam tempoh terdekat.

Permohonan rayuan terhadap empat entiti iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Wanita MCA, Binsabi Sdn. Bhd. dan Perano Sdn. Bhd. tersebut akan difailkan oleh pihak pendakwaan daripada Jabatan Peguam Negara. Tempoh rayuan yang diberikan adalah dua minggu daripada tarikh keputusan mahkamah.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
23 JUN 2020

Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |