Kenyataan Media

SPRM Akan Bentang Kertas Kabinet Usul Pelantikan KP SPRM Dan Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin memaklumkan bahawa bagi memperkasa dan menjamin kebebasan suruhanjaya berkenaan, mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) baru-baru ini telah mempersetujui dua perkara yang diusulkan. 

Perkara tersebut ialah berkaitan pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM dan mewujudkan Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM.

SPRM kini dalam peringkat menyediakan kertas kabinet yang bakal dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk dibincangkan dan kelulusan. Seterusnya, perkara itu akan diusulkan di Parlimen pada sidang yang terdekat sekiranya diluluskan oleh Jemaah Menteri.

Kedua-dua cadangan ini merupakan peruntukan baharu dalam Perlembagaan Persekutuan dan memerlukan sokongan dua pertiga Ahli Parlimen bagi membolehkan pindaan Perlembagaan Persekutuan dilaksanakan.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

3 SEPTEMBER 2020

Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |