Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menerima aduan daripada Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) di Ipoh hari ini berhubung isu skandal tanah di Perak susulan tersebar surat bertajuk ‘surat karam’ di media sosial baru-baru ini.
SPRM mengesahkan bahawa satu siasatan akan dijalankan terhadap aduan ini dan berharap semua pihak untuk tidak mengulas lanjut serta memberikan ruang bagi siasatan dijalankan secara telus dan profesional.
DATO’ SRI AHMAD KHUSAIRI YAHAYA
TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA(OPERASI)
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
7 SEPTEMBER 2020