Kenyataan Media

SPRM Siasat Pencerobohan Tanah Kerajaan Negeri Pahang

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang telah memulakan siasatan berkaitan isu pencerobohan tanah kerajaan negeri Pahang yang dijadikan ladang durian secara haram di Raub.

Ketika ini, SPRM sedang mengumpul maklumat dan meneliti beberapa dokumen berkaitan daripada pihak terlibat.

Sehubungan itu, SPRM meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan pencerobohan tanah di Raub untuk melaporkan terus kepada pejabat SPRM berdekatan.

SPRM juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dengan kegiatan rasuah atau salah guna kuasa dalam isu ini.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

8 SEPTEMBER 2020

Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |