Kenyataan Media

Isu Penerokaan Haram Di Raub: Hanya 18 Pekebun dipanggil Dan Dirakam Percakapan Bantu Siasatan

BERHUBUNG isu penerokaan secara haram di Raub, Pahang melibatkan pekebun-pekebundurian, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan pada hari ini, hanya 18 pekebun telah dipanggil dan dirakam percakapan bagi membantu siasatan, bukan 50 atau 30

pekebun seperti yang didakwa oleh pihak tertentu.

Untuk makluman, terdapat 12 lagi individu lain yang turut hadir namun kesemuanya tidak berkaitan dengan siasatan kes berkenaan.

Ingin dijelaskan bahawa penafian yang dibuat oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berhubung isu tersebut adalah merujuk kepada jumlah pekebun yang dipanggil untuk membantu siasatan.

SPRM menjalankan siasatan berdasarkan undang-undang yang diperuntukkan yang mana tindakan SPRM adalah bebas tanpa desakan daripada mana-mana pihak bagi mendapatkan keterangan mengenai isu penerokaan tanah ini yang telah berlarutan sehingga kini.

Setakat ini, tiada tangkapan yang dibuat dan SPRM akan terus memanggil pihak berkaitan untuk membantu siasatan berhubung isu ini dari semasa ke semasa. SPRM juga berharap semua pihak yang terlibat dalam isu berkenaan jangan menspekulasikan isu tersebut dan memberi ruang kepada suruhanjaya ini untuk menjalankan siasatan.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
15 SEPTEMBER 2020

Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |