Kenyataan Media

MACA Dikosongkan, 45 Orang Selamat Dipindahkan

Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) telah mengosongkan seluruh kawasan akademi tersebut dengan memindahkan seramai 45 orang susulan kejadian tanah runtuh di pintu masuk utamanya kira-kira jam 1.00 tengah hari ini.

MACA mengesahkan 45 orang, termasuk 22 pegawai, 16 pekerja pembersihan dan tujuh orang penghuni kuarters (keluarga pegawai) telah selamat dipindahkan daripada bangunan MACA.

Pengosongan tersebut adalah atas nasihat pihak bomba dan akan berlangsung sehingga kawasan terlibat diisytiharkan selamat.

Ketika ini, pihak MACA turut bersedia dengan arahan lanjut pihak berkuasa serta akan membuat pemakluman dari semasa ke semasa.

Sehubungan itu, pihak MACA memohon orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti punca kejadian tanah runtuh tersebut.


SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

25 APRIL 2023


Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |