Kenyataan Media

SPRM Mengesahkan Mahiaddin Ditahan Dan Akan Didakwa Esok

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menahan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yasin pada jam 1.00 petang di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas beliau hadir untuk dirakam percakapan bagi melengkapkan proses siasatan akhir berhubung projek Jana Wibawa dan isu berkaitan.

Sehubungan itu, SPRM juga telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh Mahiaddin di Mahkamah Kuala Lumpur pada 10 Mac 2023.

Mahiaddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bakal menghadapi beberapa pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Seksyen 4(1)b Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

9 MAC 2023


Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |