Kenyataan Media

SPRM Buka Cawangan Baharu di Kuala Selangor

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), telah membuka pejabat cawangan baharu di Kuala Selangor dalam usaha memperluaskan perkhidmatannya sekali gus mempermudahkan masyarakat setempat untuk berurusan dengan Suruhanjaya ini.

Pejabat cawangan Kuala Selangor itu terletak di Plaza Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) yang beralamat di Tingkat 1 & 2 Plaza MPKS, Jalan Sultan Ibrahim, Kuala Selangor, Selangor.

Pejabat tersebut sudah mula beroperasi pada 1 Disember 2022.

Pejabat berkeluasan 6,170 kaki persegi ini dilengkapi dengan Bilik Mesyuarat, Bilik Kebal, Bilik Temubual Bervideo (VIR), Bilik Merakam Kenyataan, surau dan pantri selain ruang kerja bagi menempatkan seramai 16 warga kerja SPRM.

Perasmian pejabat cawangan terbaharu SPRM disempurnakan pada hari ini oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dato’ Sri Hj. Azam Baki.

Orang ramai yang ingin menyalurkan sebarang maklumat berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa boleh hadir ke pejabat berkenaan atau menghubungi pejabat SPRM cawangan Kuala Selangor di talian 03-32814855 atau 03-32814865 dan faks 03-32814830.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

23 FEBRUARI 2023


Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |