SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sedang menyiasat dakwaan penjualan saham mencurigakan hak milik pengurusan Menara Kuala Lumpur (Menara KL).
SPRM akan menyiasat sama ada wujudnya elemen rasuah dalam penjualan 100% saham Telekom Malaysia (TM) di dalam Syarikat Menara KL Sdn Bhd (MKLSB) kepada Hydroshoppe Sdn Bhd (HSB) pada Oktober 2022.
Setakat ini, SPRM telah memanggil tiga orang saksi dan mendapatkan beberapa dokumen daripada pihak-pihak berkaitan untuk diteliti.
Sehubungan itu, SPRM akan menjalankan siasatan secara terperinci dan profesional daripada semua sudut berkaitan isu ini.
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
29 DISEMBER 2022