Kenyataan Media

SPRM Lancar Bilik Gerakan PRU-15

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan bilik gerakan di seluruh negara bagi orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Kesemua bilik gerakan tersebut akan beroperasi 24 jam mulai hari ini hingga 19 November 2022 dan boleh dihubungi menerusi talian seperti berikut:

1. Ibu Pejabat SPRM 03-8891 1037

2. Pejabat SPRM Kuala Lumpur 03-9206 5195

3. Pejabat SPRM Selangor 03-5524 8318

4. Pejabat SPRM Negeri Sembilan 06-762 5446

5. Pejabat SPRM Melaka 06-289 6011

6. Pejabat SPRM Johor 07-231 6170

7. Pejabat SPRM Perak 012-490 5986

8. Pejabat SPRM Pahang 09-571 6027

9 Pejabat SPRM Kedah 04-700 1880

10. Pejabat SPRM Pulau Pinang 04-229 9262

11. Pejabat SPRM Terengganu 09-630 1920

12. Pejabat SPRM Kelantan 09-766 1970

13. Pejabat SPRM Perlis 04-976 3982

14. Pejabat SPRM Sabah 088-488 381

15. Pejabat SPRM Sarawak 082-467 701

16. Pejabat SPRM Labuan 087-427 198

Selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa menerusi e-mel pru15@sprm.gov.my.

Dalam pada itu, SPRM mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang serta peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012).

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

5 NOVEMBER 2022


Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |