Kenyataan Media

266 Graduan Tamat Pengajian Postgraduate Diploma Dan Professional Diploma

Seramai 266 graduan yang terdiri daripada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menerima sijil tamat pengajian pada 1st MACC Law Enforcement Accredited Programme Convocation 2022 yang berlangsung di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya hari ini.

Program berakreditasi itu meliputi Postgraduate Diploma in International Law Enforcement: Anti-Corruption Leadership (Level 7) dan Professional Diploma in International Law Enforcement: Anti-Corruption Studies (Level 5).

Senarai graduan bagi Professional Diploma in International Law Enforcement: Anti-Corruption Studies (Level 5) Cohort 1/2018 adalah seramai 126 graduan manakala Postgraduate Diploma in International Law Enforcement: Anti-Corruption Leadership (Level 7) Cohort 1/2019 membabitkan seramai 55 graduan.

Sementara itu, graduan bagi Professional Diploma in International Law Enforcement: Anti-Corruption Studies (Level 5) Cohort 2/2021 adalah seramai 52 graduan dan Professional Diploma in International Law Enforcement: Anti-Corruption Studies (Level 5) For In Service MACC Officer Cohort 1/2021 pula seramai 33 graduan.

Program anjuran Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) itu mendapat kerjasama di peringkat antarabangsa bersama Nottingham Trent University, United Kingdom (NTU, UK) dalam merangka dan melaksanakan program pengajian berakreditasi khusus kepada warga SPRM.

Kerjasama yang terjalin antara MACA, SPRM dan NTU, UK merupakan satu pengiktirafan kepada SPRM dalam meningkatkan kompetensi, kelayakan akademik dan daya saing pegawai lantikan SPRM bagi menepati keperluan profesion pembanterasan rasuah di Malaysia dan antarabangsa.

Kerjasama ini juga merupakan satu tanda aras kualiti pengajian yang dibekalkan oleh MACA bagi mencapai taraf sebuah institusi pengajian tinggi. Di samping itu, graduan yang telah tamat pengajian boleh menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Sijil tamat pengajian tersebut telah disampaikan oleh Pro Vice-Chancellor (International) NTU, UK, Professor Cillian Ryan dan disaksikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam Baki.

Pada majlis tersebut, Azam turut menyampaikan empat anugerah kepada pelajar yang telah berjaya mencatatkan keputusan tertinggi dalam akademik mengikut kohot.

Pelajar terbaik bagi Professional Diploma in International Law Enforcement: Anti-Corruption Studies (Level 5) Cohort 1/2018 telah dianugerahkan kepada Muhammad Irfan Mohd Azmi.

Manakala, pelajar terbaik bagi Postgraduate Diploma in International Law Enforcement: Anti-Corruption Leadership (Level 7) Cohort 1/ 2019 pula diberikan kepada Nur Athikah Aziz.

Izatul Mohd Iznan pula dianugerahkan pelajar terbaik bagi Professional Diploma in International Law Enforcement: Anti-Corruption Studies (Level 5) Cohort 2/2021.

Sementara itu, Mohd Suhaimi Mohamed Yusof muncul sebagai pelajar terbaik bagi Professional Diploma in International Law Enforcement: Anti-Corruption Studies (Level 5) for In Service MACC Officer Cohort 1/2021.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Norazlan Mohd Razali; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Dato’ Indera Junipah Wandi; Principal Lecturer In Policing And International Law Enforcement School Of Social Sciences NTU, UK, Phil Rudkin; Pengarah MACA, Dato’ Haji Idris Zaharudin, ketua-ketua jabatan, pengarah-pengarah bahagian dan negeri SPRM.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

8 SEPTEMBER 2022


Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |