SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius dakwaan wujudnya isu integriti melibatkan beberapa pegawai kanan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang sedang disiasat secara dalaman oleh agensi tersebut.
Susulan itu, SPRM telah menerima satu aduan berkaitan isu ini dan akan memulakan siasatan pada 7 Februari 2022 (Isnin) dengan mengambil keterangan beberapa saksi daripada MARA Corporation.
Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 yang berkaitan dengan kesalahan mana-mana pegawai badan awam yang menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk mendapatkan suapan.
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA PUTRAJAYA
5 FEBRUARI 2022