Kenyataan Media

SPRM Seru Semua Pihak Bekerjasama, Sehaluan Tingkatkan CPI

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi perhatian serius terhadap keputusan skor dan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2021 yang diumumkan oleh Transparency International Malaysia (TI-M) hari ini.

CPI 2021 menunjukkan skor Malaysia turun daripada 51 ke 48 iaitu penurunan berturut-turut sejak 2019.

Sehubungan itu, SPRM menyeru semua pihak agar meneruskan jalinan kerjasama dan sehaluan di samping mempunyai iltizam politik untuk menambahbaik usaha pencegahan rasuah di negara ini, kerana Suruhanjaya ini tertakluk kepada bidang kuasanya sebagai agensi penguatkuasa.

Dalam pada itu, SPRM akan mengkaji hasil penemuan TI-M berkaitan skor CPI 2021 dan akan memberi cadangan dalam masa terdekat.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

25 JANUARI 2022


Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |