Kami mewakili seluruh warga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan pendirian kami menyokong kepimpinan Tan Sri Dato' Sri Haji Azam bin Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Kami berpendirian bahawa tohmahan dan serangan yang dibuat adalah bermotifkan politik dendam bagi menjatuhkan imej dan kredibiliti SPRM.
Kami menggesa agar semua pihak menghentikan kemelut ini dan membiarkan proses undang-undang berjalan secara adil, telus dan saksama.
Warga SPRM tetap bersatu hati dalam mempertahankan institusi Ketua Pesuruhjaya dan SPRM demi kelangsungan pencegahan rasuah di negara tercinta.
Dato’ Sri Ahmad Khusairi Yahaya
Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi
Datuk Seri Norazlan bin Mohd Razali
Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan
Dato’ Junipah Binti Wandi
Timbalan Ketua Pesuruhjaya
Pengurusan dan Profesionalisme
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
9 JANUARI 2022