Kenyataan Media

SPRM Beri Kerjasama Kepada Polis Siasat Pegawai

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis berhubung siasatan kes jenayah yang melibatkan pegawai SPRM.

SPRM mengesahkan telah membantu siasatan pihak polis dan menyerahkan dua lagi pegawai SPRM bagi membantu siasatan tersebut.

Sekali lagi, SPRM ingin menegaskan bahawa suruhanjaya ini tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pegawai yang terlibat dalam jenayah dan menggesa agar siasatan ini disegerakan.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

15 DISEMBER 2021


Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |