Kenyataan Media

SPRM Lancar Bilik Gerakan PRN Sarawak

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan lima bilik gerakan di seluruh negeri Sarawak bagi orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri tersebut.

Kesemua bilik gerakan tersebut beroperasi 24 jam sepanjang tempoh PRN Sarawak dan boleh dihubungi menerusi alamat dan talian seperti berikut:

1. Pejabat SPRM Sarawak
Kompleks Pejabat SPRM Sarawak, Lot 3894, Jalan Laksamana Cheng Ho, Peti Surat 6000, 93350 Kuching, Sarawak. - 082-467 703 samb. 119 & 116

2. Pejabat SPRM Cawangan Sibu
Blok 3, Tingkat 7, Wisma Persekutuan, Jalan Persiaran Brooke, Peti Surat 6000, 96008 Sibu, Sarawak- 084-311 982 atau 084-321 982

3. Pejabat SPRM Cawangan Miri
Tingkat 2, Blok A, Fasa 2, Bangunan Persekutuan, Jalan Cahaya Lopeng, Peti Surat 6000, 98008 Miri, Sarawak- 085-415 404 atau 085-439 710

4. Pejabat SPRM Cawangan Bintulu
Tingkat 2, Wisma Persekutuan Fasa II, Jalan Tun Razak, Peti Surat 6000, 97008 Bintulu, Sarawak - 086-316 200 atau 086-338 294

5. Pejabat SPRM Cawangan Limbang
No. 125, Jalan Fisher, 98700 Limbang, Sarawak- 085-214 104 atau 085-214 110

Selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa menerusi e-mel aduan.prnsarawak@sprm.gov.my.

Dalam pada itu, SPRM juga mengingatkan kepada calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012).

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

6 DISEMBER 2021


Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |