Kenyataan Media

SPRM Lancar Bilik Gerakan PRN Melaka

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan bilik gerakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi membolehkan orang ramai menyalur maklumat serta aduan sebarang perbuatan rasuah dan salah guna kuasa berkaitan pilihan raya tersebut.

Bilik gerakan PRN Melaka yang beroperasi 24 jam itu akan ditempatkan di SPRM Melaka, No. 2, Jalan Alai Perdana 16, Crystal Bay, Alai, 75460 Melaka.

Selain hadir ke bilik gerakan tersebut, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan berkaitan melalui emel kepada aduan.prnmelaka@sprm.gov.my atau menghubungi talian 06-2896011 atau 06-2896000.

Dalam pada itu, SPRM juga mengingatkan kepada semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012).

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

8 NOVEMBER 2021


Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |