Kenyataan Media

Siasatan berhubung royalti pasir dan projek penambakan laut melaka sedang berjalan

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah menerima aduan rasuah yang dibuat oleh Presiden Laskar Siber Malaysia, Dato’ Lokman Noor Adam berhubung projek penambakan laut di Melaka.

Satu kertas siasatan berhubung isu berkenaan telah pun dibuka oleh SPRM sebelum ini dan aduan yang dibuat di Ibu Pejabat SPRM hari ini akan dikepilkan dalam kertas siasatan tersebut.

SPRM akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes ini meliputi semua aspek yang dibangkitkan dalam aduan tersebut.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

13 OKTOBER 2021


Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |