Kenyataan Media

Keputusan Menarik Balik Pertuduhan Berasaskan Fakta Baharu Daripada Siasatan Lanjut

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menjelaskan bahawa keputusan menarik balik sebanyak 29 pertuduhan rasuah terhadap bekas Ahli Lembaga Pengarah FELDA, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid oleh pihak pendakwaan baru-baru ini adalah berasaskan fakta yang disahkan dari siasatan lanjut.

Perkara tersebut bermula apabila tertuduh mengemukakan representasi dan pernyataan pembelaannya di bawah Seksyen 62 Akta SPRM 2009 semasa perbicaraan telah berlangsung dan susulan itu SPRM telah menjalankan siasatan lanjut berkenaan pembelaan tersebut.

Berdasarkan dapatan baharu menerusi keterangan baharu yang dikemukakan, tertuduh berjaya membuktikan bahawa beliau telah membayar balik wang yang didakwa sebagai rasuah itu sebelum siasatan dimulakan. Saksi utama turut mengesahkan perkara tersebut sebagai wang pinjaman.

SPRM telah merujuk kembali kes berkenaan kepada Pejabat Peguam Negara dan diputuskan perbicaraan tidak diteruskan berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan tersebut. Keputusan itu dibuat kerana keterangan saksi utama tidak  konsisten.

Pihak pendakwaan telah memaklumkan kepada Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berhubung penarikan balik kesemua 29 pertuduhan itu, semasa prosiding perbicaraan kes di hadapan Hakim Suzana Hussin pada 21 Mei 2021.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

5 SEPTEMBER 2021


Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |