Kenyataan Media

Menjunjung Kasih Ke Atas Titah D.Y.M.M Sultan Selangor

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjunjung kasih atas Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj yang menzahirkan penghargaan Baginda kepada pihak SPRM yang telah melaksanakan tanggungjawab menyiasat dan memastikan aktiviti rasuah di Negeri Selangor ini dapat dibanteras.

Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan melambangkan keprihatinan dan ketegasan Baginda terhadap pembabitan beberapa pegawai kerajaan di Negeri Selangor yang terlibat dengan kegiatan rasuah yang boleh meruntuhkan imej pentadbiran dan nama baik seluruh pegawai kerajaan di Negeri Selangor.

Saya juga sangat mengalu-alukan dan menyanjung tinggi pendirian Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan terhadap SPRM dalam menjalankan tugas untuk melaksanakan penyiasatan yang telus dengan bukti-bukti yang kukuh bagi memastikan mereka yang melakukan rasuah tersebut tidak terlepas daripada menerima hukuman yang sewajarnya.

Justeru, SPRM turut menyeru orang ramai termasuk rakyat Negeri Selangor agar mengambil perhatian khusus terhadap Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan, supaya perkara sama tidak akan berulang pada masa akan datang sekali gus menjadikan Malaysia bebas rasuah.

DATUK SERI AZAM BAKI
KETUA PESURUHJAYA
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

28 JULAI 2021


Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |