Kenyataan Media

Tujuh Ahli JKMR Terima Surat Cara Pelantikan Hari Ini

SERAMAI tujuh ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) telah dilantik oleh Yang diPertuan Agong bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa mulai 15 Julai 2021 hingga 14 Julai 2024.

Pelantikan tersebut adalah atas nasihat Perdana Menteri selaras dengan peruntukan Seksyen 14 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694). Kesemua yang dilantik adalah terdiri daripada kalangan ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang mewakili parti kerajaan dan parti pembangkang.


Ahli-ahli JKMR terdiri daripada:

1. YB Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim (Pengerusi)
    Yang di-Pertua Dewan Negara

2. YB Senator Tuan Ir. Md Nasir Hashim
    Ahli Dewan Negara

3. YB Senator Puan Hajah Raj Munni Sabu
    Ahli Dewan Negara

4. YB Senator Tuan Haji Idris Ahmad
    Ahli Dewan Negara

5. YB Senator Tuan Zaiedi Haji Suhaili
    Ahli Dewan Negara

6. YB Tuan Hassan Abdul Karim
    Ahli Parlimen Pasir Gudang

7. YB Tuan Wong Hon Wai
    Ahli Parlimen Bukit Bendera

Ahli JKMR berperanan untuk menasihati Perdana Menteri mengenai pelbagai aspek masalah rasuah dalam negara dan memeriksa Laporan Tahunan SPRM.

Selain itu, JKMR juga dikehendaki memeriksa ulasan oleh Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) tentang perjalanan oleh suruhanjaya ini akan fungsi di bawah Akta SPRM 2009 dan mendapatkan penjelasan mengenai Laporan Tahunan SPRM serta ulasan LPPR.

Semoga dengan pelantikan ahli JKMR dapat membantu memenuhi harapan masyarakat terhadap kebebasan, kecekapan, keberkesanan, ketelusan dan akauntabiliti suruhanjaya ini dalam penunaian fungsi-fungsinya.

Surat cara pelantikan bagi ahli JKMR tersebut telah disampaikan oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin Hj Md Yasin sambil disaksikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam  Baki di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, hari ini.


SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

26 JULAI 2021


Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |