Kenyataan Media

SPRM Tidak Berkompromi Salah Laku Pegawai

Pejabat Peguam Negara telah memberi izin mendakwa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menuduh seorang pegawai suruhanjaya ini bersama seorang lagi tertuduh atas kesalahan rasuah di Mahkamah Seksyen 1 Shah Alam, hari ini.

Pegawai berkenaan, Shahrul Izuan Mohd Zin, 41, dituduh bersubahat dengan Teoh Peng Sin, 55, bagi menerima suapan wang tunai berjumlah RM100,000 sebagai dorongan untuk tidak melakukan siasatan terhadap seorang individu di bawah kesalahan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

Kedua-dua tertuduh telah ditahan oleh SPRM pada 14 April 2021 dan pertuduhan hari ini dilakukan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen 1 Shah Alam, Yang Arif Puan Rozilah Salleh.

Pegawai terbabit juga sebelum ini pernah ditahan oleh pihak polis berkaitan kes siasatan di bawah Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) 2012, bagaimanapun pertuduhan hari ini tiada kaitan dengan kes tersebut.

SPRM ingin menegaskan tidak akan berkompromi dengan kegiatan salah laku, jenayah atau apa-apa perlanggaran undang-undang oleh pegawainya dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya mereka melakukan perkara tersebut.
 
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

15 JUN 2021


Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |