Kenyataan Media

Sinar Harian Salah Lapor Kenyataan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan bahawa Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato' Sri Shamshun Baharin Mohd Jamil telah mengeluarkan kenyataan tidak benar, mengelirukan dan berbentuk tohmahan sepertimana dinyatakan menerusi kenyataan media Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) semalam.

Ingin ditegaskan bahawa kenyataan Dato' Sri Shamshun Baharin berkaitan isu pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM pada Majlis Pelancaran #RasuahBusters bersama Allianz Malaysia kelmarin, telah disalah lapor oleh Sinar Harian dan dimuatnaik menerusi portal berita akhbar tersebut.

Susulan itu, Sinar Harian telah memperbetulkan kenyataan tersebut dan mengakui telah berlaku kekhilafan seperti dalam pautan berikut: 


Sehubungan itu, SPRM memohon agar mana-mana pihak agar tidak mempolemikkan perkara tersebut kerana kenyataan yang disiarkan tidak pernah dikeluarkan dan tiada kaitan dengan SPRM atau mana-mana pegawai Suruhanjaya ini.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

21 APRIL 2021


Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |