Kenyataan Media

Ketua Pesuruhjaya SPRM Terima Kunjungan Hormat Datuk Seri Anwar Ibrahim

SAYA telah menerima kunjungan hormat Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga merupakan Ketua Pembangkang, di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, hari ini.

Dalam pertemuan tersebut, saya telah mendengar beberapa isu semasa berbangkit dikemukakan oleh Datuk Seri Anwar yang menjadi keprihatinan beliau.

Sehubungan itu, saya memberi jaminan bahawa SPRM sebagai sebuah agensi yang dipantau oleh lima panel bebas akan bertindak secara profesional mengikut lunas undang-undang dan bidang kuasa yang telah diberikan kepada Suruhanjaya ini.

SPRM juga menghargai sokongan Datuk Seri Anwar terhadap SPRM dalam usaha membanteras rasuah secara berkesan di negara ini.


DATUK SERI AZAM BAKI
KETUA PESURUHJAYA
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
22 MAC 2021

Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |