Kenyataan Media

Pertuduhan Pertama Kesalahan Liabiliti Korporat Seksyen 17A ASPRM 2009

SEORANG bekas pengarah syarikat yang membekalkan perkhidmatan penyewaan kapal telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana disyaki memberi rasuah sebanyak RM321,350 sebagai imbuhan memberikan sub-kontrak penyewaan kapal dalam kerja-kerja cari gali minyak.

Kejadian tersebut berlaku antara 29 Jun hingga 14 Oktober tahun lalu melibatkan nilai keseluruhan projek sebanyak RM1 bilion.

Lelaki berusia 64 tahun tersebut ditahan petang tadi di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan dijangka akan dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor pagi esok di bawah Seksyen 16 (b)(A) Akta SPRM 2009 (ASPRM 2009) bagi kesalahan memberi suapan untuk mendapatkan kontrak penyewaan kapal.

Sementara itu, seorang pengarah syarikat yang sama turut dipanggil untuk membantu siasatan dan akan dituduh bagi mewakili syarikat tersebut di bawah Seksyen 17A ASPRM 2009 iaitu berkaitan kesalahan liabiliti korporat di mahkamah yang sama, pagi esok.

Ini merupakan kes pertama bagi kesalahan di bawah Seksyen 17A ASPRM 2009 sejak dikuatkuasakan pada 1 Jun 2020 lalu.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

17 MAC 2021


Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |