SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah kini sedang mengesan seorang individu bagi membantu siasatan kes berkaitan pemalsuan dokumen serta penyamaran sebagai pegawai kanan SPRM.
Lelaki tersebut, Mohd Nazim AG Abdullah, 45, pemegang kad pengenalan 760515-12-5403 dan mempunyai alamat terakhir di No.1, Lorong 4/3B, Taman Bukit Sepanggar, 88450, Kota Kinabalu, Sabah.
Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penguasa Rajin Masran di talian 016-881 7679 / 088-488381 atau emel ke alamat rajin@sprm.gov.my.
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
19 FEBRUARI 2021