SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil maklum berhubung kedudukan dan skor Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2020 seperti yang telah diumumkan oleh Transparency International Malaysia (TI-M), semalam.
Sehubungan itu, SPRM akan meneliti dan mengkaji terlebih dahulu cadangan-cadangan penambahbaikan yang dikemukakan oleh TI-M dalam usaha pencegahan rasuah di negara ini iaitu yang mana-mana berkaitan atau di bawah bidang kuasa Suruhanjaya ini bagi menyumbang kepada skor yang lebih baik kepada Malaysia pada masa akan datang.
Dalam pada itu, SPRM juga menyambut baik maklum balas positif berhubung CPI 2020 iaitu berkaitan Pelan Antirasuah Nasional (NACP), penguatkuasaan Seksyen 17A Akta SPRM serta siasatan kes-kes berprofil tinggi yang sedang berjalan.
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
29 JANUARI 2021