Kenyataan Media

Isu Kartel Daging Sejuk Beku : SPRM Giat Selesaikan Siasatan

Isu Kartel Daging Sejuk Beku : SPRM Giat Selesaikan Siasatan

BERHUBUNG isu kartel daging sejuk beku yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya ini ingin memaklumkan bahawa sejak 4 Januari lalu sehingga kini seramai lapan suspek telah pun ditahan reman bagi membantu siasatan.
 
Di samping itu, seramai 27 saksi juga telah dipanggil dalam siasatan kes ini. Mereka yang terlibat terdiri daripada pekerja syarikat, ejen pengimport serta pegawai kerajaan.
 
SPRM menyiasat kes berkenaan mengikut Akta SPRM 2009 yang menjurus kepada kesalahan menerima rasuah, mengemukakan tuntutan palsu serta kesalahan berkaitan pemalsuan dokumen.
 
Buat masa ini, SPRM masih aktif menjalankan siasatan dengan menganalisis maklumat, pengumpulan bukti-bukti serta akan membuat beberapa lagi tangkapan bagi melengkapkan siasatan.
 
Terkini, pada 17 Januari 2021, SPRM Johor telah menahan seorang pengarah syarikat berusia 36 tahun di Johor Bahru dan suspek direman selama enam hari bermula hari ini selepas permohonan reman dibenarkan oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru.
 
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
 
18 JANUARI 2021


Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |