Kenyataan Media

SPRM Pandang Serius Kes Penyamaran Pegawai Kanan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan empat individu yang mengambil wang rasuah daripada pihak sedang disiasat SPRM kononnya bagi tujuan menyelesaikan kes, semalam.

Kes berkenaan terbongkar hasil kerjasama daripada mangsa terlibat.

Oleh itu, SPRM menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan taktik yang digunakan oleh suspek seumpama ini iaitu mendakwa mengenali rapat pegawai kanan SPRM, menunjukkan gambar-gambar bersama pegawai kanan SPRM, menunjukkan kad-kad tertentu kononnya milik pegawai kanan SPRM dan Timbalan Pendakwa Raya di SPRM serta menunjukkan gambar-gambar berada di premis dan program-program pencegahan SPRM.

Taktik berkenaan digunakan bagi meyakinkan mangsa terlibat sekali gus bertujuan mendapatkan wang rasuah.

Sehubungan itu, orang ramai yang dihubungi oleh mana-mana pihak yang memperkenalkan diri mereka sebagai pegawai SPRM atau Timbalan Pendakwa Raya bagi menyelesaikan sesuatu kes SPRM harus merujuk perkara tersebut kepada suruhanjaya ini terlebih dahulu untuk pengesahan.

Dalam pada itu, SPRM juga tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika perkara berkenaan turut melibatkan mana-mana pegawai SPRM.
 
DATUK SERI AZAM BAKI
KETUA PESURUHJAYA
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

17 DISEMBER 2020

Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |