Kenyataan Media

SPRM Buat Laporan Polis Atas Dakwaan Yang Mencemarkan Imej

PENGURUSAN Tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius dengan tohmahan yang dibuat oleh seorang individu terhadap pegawai SPRM yang kononnya dia telah menerima ugutan dalam siasatan kes berhubung Macau Scam baru-baru ini.

Individu berkenaan telah membuat laporan polis berhubung perkara itu selepas dua bulan dia dilepaskan daripada tahanan reman SPRM. Salinan laporan tersebut pula telah ditularkan oleh pihak tertentu sekali gus mencemarkan nama baik SPRM.

Sehubungan itu, seorang pegawai SPRM telah membuat aduan rasmi kepada polis hari ini bagi menafikan tohmahan individu tersebut dan menggesa polis untuk menjalankan siasatan berhubung laporan palsu itu.

SPRM tidak akan melindungi mana-mana pihak sekiranya dakwaan tersebut benar dilakukan oleh pegawai SPRM namun sekiranya laporan tersebut palsu maka individu tersebut perlu dibawa ke muka pengadilan.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA 

9 DISEMBER 2020

Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |