Kenyataan Media

SPRM Akan Siasat Perkembangan Baharu Kes Datuk Seri Tengku Adnan

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil maklum berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang melepas tanpa membebaskan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atas pertuduhan menerima rasuah RM 1 juta daripada seorang ahli perniagaan pada 2013.

Keputusan melepas tanpa membebaskan ini tidak bermaksud beliau dibebaskan sepenuhnya namun masih boleh dituduh pada bila-bila masa sekiranya diberi keizinan mendakwa daripada Jabatan Peguam Negara.

Merujuk kes sama, SPRM difahamkan bahawa terdapat perkembangan baharu yang telah dikemukakan oleh pihak tertuduh serta satu laporan dibuat terhadap seorang saksi kes ini yang memerlukan siasatan lanjut oleh SPRM.

SPRM akan memulakan siasatan dengan perkembangan baharu tersebut dan mengemukakan semula kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara untuk pertimbangan setelah semuanya selesai.

Namun begitu, terdapat satu lagi kes terhadap Datuk Seri Tengku Adnan yang masih menunggu keputusan dan tiada kena-mengena dengan keputusan mahkamah hari ini.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

7 DISEMBER 2020

Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |