Kenyataan Media

SPRM Kesan Tiga Individu Bantu Siasatan

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan tiga individu bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sindiket penyalahgunaan pengesahan cap keluar dan masuk di sempadan utama negara.
 
Lelaki pertama, Clement Chen Wei Chien, 35, mempunyai alamat terakhir di 12A, Jalan Mandarina Second Enclave, 56000 Cheras, Kuala Lumpur dan No. 20 Canary Residensi, Jalan CH 5B, Taman Cheras, Hartamas Batu 9, 43200 Cheras, Selangor.
 
Sementara itu, lelaki kedua, Ong Bok Hay, 66, mempunyai tiga alamat terakhir iaitu di A-11-3 Villa Angsana Condo 56 Jalan Krian Off Jalan Ipoh, 51100 Kuala Lumpur; A-16-3A, One Sentul Condominium, Jalan Sentul Ria 1, 51000 Kuala Lumpur dan No. 10, USJ 3/4F Subang Jaya, 47600 Subang Jaya, Selangor.
 
Dalam pada itu, SPRM turut mengesan seorang wanita, Ho Lei Kiow, 47, yang mempunyai alamat terakhir di No 76, Jalan Bukit Flora 3, Taman Bukit Flora, 83000 Batu Pahat, Johor.
 
Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai ketiga-tiga individu ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Amirul Ikhwan Selamat di talian 016-509 8947.
 
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
23 NOVEMBER 2020
 

Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |