Berita Menarik

Bekas setiausaha sulit kanan bekas menteri dituduh rasuah

Mohd Saifullah Mohd Minggu @ Mohd Hisham, bekas setiausaha sulit kanan kepada bekas menteri pelancongan, seni dan budaya dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 18 pertuduhan menerima dan meminta suapan berjumlah RM3,129,015 daripada pemilik syarikat bagi mendapatkan tender perkhidmatan pengiklanan di bawah kementerian itu.

Tunang beliau iaitu Nurfadziana Abdul Kadir, 28, juga dituduh atas satu pertuduhan bersubahat dengan Mohd Saifullah dalam melakukan kesalahan rasuah dengan menerima suapan RM232,000.

Tertuduh didakwa melakukan semua kesalahan itu di bawah Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009 manakala Nurfadziana dituduh mengikut Seksyen 28 (1) dan kedua-dua mereka boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama. Ia membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hit : 2138