Berita Terkini

SPRM Umum Pertukaran Dua Pegawai Kanan

PUTRAJAYA, 1 Nov. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengumumkan dua pertukaran pegawai kanannya melibatkan Pengarah Bahagian Perisikan, Datuk Haji Abd Aziz Aban dan Pegawai Urusetia Pejabat Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato’ Azmi Kamaruzaman.

Datuk Haji Abd Aziz telah ditempatkan secara pertukaran sementara sebagai Timbalan Ketua Pengarah, Gred Utama B (Terbuka) di Pusat Governans, Integriti & Anti-Rasuah Nasional (GIACC), Jabatan Perdana Menteri manakala Dato’ Azmi diarahkan menjalankan tugas di Bahagian Perisikan sebagai Pengarah.

Kedua-dua pertukaran tersebut berkuatkuasa mulai hari ini, 1 November 2020.

Warga SPRM mengucapkan selamat maju jaya.

Hit : 5945