Berita Terkini

Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) UiTM Cawangan Negeri Kelantan

KOTA BHARU, 25 Mei - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Negeri Kelantan telah mengadakan Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang disertai seramai 570 orang kakitangan akademik dan pentadbiran bertempat di Dewan Profesional, UiTM Cawangan Negeri Kelantan.

 

YBhg. Profesor Dr. Haji Abdol Samad bin Nawi, Rektor UiTM Cawangan Negeri Kelantan telah mengetuai lafaz ikrar yang disaksikan oleh KPKPj Rosli bin Husain, Pengarah SPRM Negeri Kelantan.

 

Sebelum itu, Ps Wan Siti Junaida binti Ismail, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat, SPRM Negeri Kelantan telah menyampaikan taklimat bertajuk "Kesalahan-Kesalahan Rasuah di bawah ASPRM 2009 dan Pemantapan Integriti yang menekankan empat kesalahan utama di bawah Akta SPRM 2009, perolehan kerajaan dan turut berkongsi kes sebenar yang berlaku.

 

Turut hadir dalam majlis ini ialah Prof. Madya Dr. Mohd Nasir bin Ismail, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Machang, Dr. Norzieha binti Mustapha, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri UiTM Cawangan Machang, Dr. Khalid bin Abdul Wahid, Penolong Rektor Kampus Kota Bharu dan Encik Hishamudin bin Mohd Twontawi, Timbalan Pendaftar Kanan, UiTM Cawangan Machang.


Hit : 1435