Berita Terkini

Program Anti Rasuah Dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah SPRM Negeri Selangor Bersama PHN Industry Sdn Bhd

GOMBAK, 23 Mei – SPRM Negeri Selangor telah menganjurkan Program Antirasuah Dalam Perolehan Kerajaan SPRM Selangor Bersama Kontraktor Lantikan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah bertempat di Dewan Beringin Taman Sri Gombak.

 

Program ini telah disertai oleh seramai 170 orang peserta terdiri daripada Kontraktor-Kontraktor lantikan Majlis Perbandaran Selayang. Turut hadir YBhg. Dato' Mohd Yazid Bin Sairi, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang.  Tuan Adi Faizal Bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang dan Encik Rozaihan Bin Ramli, Ketua Unit Integriti Majlis Perbandaran Selayang.

 

Program dimulai dengan sesi taklimat dan dialog berkaitan Akta Pencegahan Rasuah 2009 terutamanya berkaitan isu perolehan kerajaan yang telah disampaikan oleh PKPj Ridzuan Bin Abd. Malik, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Selangor.

 

Program diakhiri dengan Majlis melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah yang telah diketuai oleh Leftenan Kolonel (B) Azwan Bin Maat, Pengerusi Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Daerah Gombak dan disaksikan oleh YBhg. Dato' Haji Alias bin Salim, Pengarah SPRM Negeri Selangor.


Hit : 1663