Berita Pendidikan

APAD komited perangi rasuah

JOHOR BAHRU, 23 Mei - Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) Wilayah Selatan  menzahirkan komiten memerangi jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi lafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR), hari ini.

 

Ketua APAD Wilayah Selatan, Tuan Mohd Lutfi bin Ahmad berkata, tidak ada makna jika memperoleh kejayaan sepanjang perkhidmatan, sedangkan elemen anti rasuah tidak digarapkan untuk mencapai kejayaan.

 

"Komitmen dan kesungguhan setiap warga APAD dalam memastikan ketelusan dan keberkesanan perkhidmatan tidak pernah luntur dan akan terus diamalkan agar objektif tercapai.

 

"Rasuah merupakan isu kritikal yang perlu ditangani secara sistematik dalam memastikan setiap inisiatif perkhidmatan dapat dijalankan dengan telus dan amanah,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis IBR APAD Wilayah Selatan, di sini hari ini.

 

Sementara itu, Tuan Mohd Lutfi mengetuai sesi lafaz dan menandatangani IBR,  sambil disaksikan oleh Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Johor, PKPj Sheikh Hamadi Bin Sheikh Abdul Hamid.

 

Turut hadir ialah Ketua Unit Pendidikan Masyarakat (PenMas) SPRM Johor, PsK Alice Voon Mei Ling, dan pegawai  daripada Bahagian PenMas, Ibu Pejabat SPRM Putrajaya,  PsK Sivarasan a/l Baby Kalidawson, Ps Aslinda Binti Maspade dan PPs Nur Syazwani bt Md Rafi.


Hit : 949