Berita Terkini

Program Antirasuah (Perolehan) dan Majlis IBR bersama warga Kolej Komuniti Selandar Melaka

MELAKA, 18 Mei  – Telah berlangsung Program Antirasuah bersama warga Kolej Komuniti Selandar di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Taklimat Anti Rasuah bertajuk ‘Jenayah Rasuah: Apa Peranan Kita Sebenarnya?” disampaikan oleh PsK Ahmad Faizul bin Abdul Rashid, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Melaka.


Fokus utama  tertumpu kepada isu perolehan di insitusi pengajian di mana masih terdapat segelintir warga pendidik dan pengurusan institusi yang mengambil kesempatan memanipulasi perolehan untuk mendapatkan habuan peribadi.

 

Program diteruskan bersama YBrs. PKPj Mohd Shahril bin Che Saad, Pengarah SPRM Melaka berkaitan isu rasuah terkini yang memudaratkan rakyat dan negara, seterusnya menyaksikan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Kolej Komuniti Selandar.

 

Dalam ucapannya, beliau mengingatkan warga Kolej Komuniti Selandar supaya tidak terlibat dengan jenayah rasuah khususnya bagi golongan pensyarah dan pendidik yang sering dikaitkan dengan isu-isu penyaluran peruntukan serta peranan mereka untuk membina generasi masa hadapan yang mempunyai jati diri yang utuh.

 

Pengarah SPRM Melaka telah menyerahkan buku ilmiah berkaitan fungsi SPRM sebagai langkah publisiti mempromosi peranan utama SPRM dalam mencegah jenayah rasuah di Malaysia.

 

Turut hadir Encik Rozali bin Ibrahim, Pengarah Kolej Komuniti Selandar.


Hit : 1423