Berita Terkini

Program Antirasuah Dana Awam dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah SPRM Negeri Selangor bersama Pejabat Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Universiti Teknologi Mara Shah Alam

SHAH ALAM, 11 Mei – SPRM Negeri Selangor telah menganjurkan Program Antirasuah dan Isu Ketirisan Pengurusan Geran Penyelidikan Universiti serta Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) SPRM Negeri Selangor bersama Pejabat Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Universiti Teknologi Mara, Shah Alam bertempat di Dewan Berlian, Bangunan Wawasan, UiTM Shah Alam.

 

Program dihadiri seramai 100 orang peserta terdiri daripada staf akademik dan staf bukan akademik Pejabat Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Universiti Teknologi MARA. Program ini juga turut dijalankan secara atas talian melibatkan 352 orang peserta.

 

Program dimulakan dengan Taklimat Kesalahan-Kesalahan Akta Pencegahan Rasuah 2009 yang telah disampaikan oleh PPj Muhamad Firdaus bin Musa, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Selangor. Taklimat yang disampaikan juga menumpukan berkaitan isu-isu ketirisan pengurusan geran penyelidikan universiti.

 

Program diteruskan lagi dengan Majlis lafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah  (IBR) yang diketuai YBrs. Prof. Ts. Dr. Norazah binti Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Universiti Teknologi MARA dan disaksikan oleh YBhg. Dato’ Haji Alias bin Salim, Pengarah SPRM Negeri Selangor.


Hit : 1976