Berita Terkini

Program Anti Rasuah: Dana Awam "Memperkukuh Amalan Anti Rasuah Dalam Pengurusan Kewangan" SPRM Negeri Selangor Bersama Persatuan Kebajikan Berdaftar Dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Selangor

SHAH ALAM, 9 Mei – SPRM Negeri Selangor hari ini telah mengadakan Program Anti Rasuah: Dana Awam “Memperkukuhkan Amalan Anti Rasuah Dalam Pengurusan Kewangan” bersama Persatuan Kebajikan Berdaftar Dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Selangor bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat SPRM Negeri Selangor.

 

Program ini dimulai dengan ucapan aluan oleh YBhg. Dato’ Haji Alias bin Salim, Pengarah SPRM Negeri Selangor. Seterusnya taklimat berkaitan Peranan dan Fungsi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia yang disampaikan oleh Nurul Azhar bin Husin, Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Selangor.

 

Program ini diteruskan lagi dengan penyampaian taklimat dan dialog kesalahan-kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 berkaitan Dana Awam kepada 60 orang pengerusi dan presiden pertubuhan dan barisan ahli-ahli jawatankuasa pertubuhan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Selangor oleh PPj Azuan bin Adzhar, Ketua Unit Pemeriksaan dan Perundingan SPRM Negeri Selangor.

 

Program ini diakhiri dengan penyampaian bahan-bahan kempen SPRM kepada Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Selangor.


Hit : 1684