Berita Pendidikan

SPRM Dekati Warga JPP Perkasakan Antirasuah Dalam Jabatan

PUTRAJAYA, 22 Mac – SPRM mendekati warga Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP) dalam usaha menyebarluaskan  mesej antirasuah dalam tugas seharian.

Ketua Pengarah JPP, Haji Wan Abd Rahim Wan Abdullah Othman dalam ucapannya berharap agar Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang ditandatangani warga JPP ini dapat dihayati dan dipraktiskan dalam tugasan seharian. Beliau turut mengetuai lafaz IBR memimpin 150 warga JPP.

Haji Wan Abd Rahim turut bersetuju untuk menganjurkan program antirasuah di JPP dengan lebih kerap sebagai peringatan berterusan kepada warganya. Majlis IBR telah disaksikan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Datuk Razim Mohd Noor.

Terdahulu, PPj Mohamad Izam Abd Nasir telah menyampaikan ceramah berkaitan isu rasuah dalam perolehan dan berkongsi contoh-contoh kes yang pernah dituduh di mahkamah.

Hit : 1696