Berita Pendidikan

SPRM Anjur Program Bicara Tanpa Rasuah (BITARA) MADANI Dengan Warga JKDM Zon Tengah

KLIA, 21 Mac – Selari dengan hasrat kerajaan, SPRM telah melaksanakan Program Bicara Tanpa Rasuah (BITARA) MADANI dengan kerjasama Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) Zon Tengah di sini.

Program ini sebagai usaha menyampaikan mesej antirasuah kepada warga JKDM dalam menghalang ketirisan kutipan hasil kerajaan dimulakan dengan sesi dialog menampilkan PPj Mohamad Izam Abd Nasir dan Ketua Unit Tatatertib JKDM, Penguasa Kastam Bukhari Mokhtar. Bagi meningkatkan kesedaran kesan rasuah, sesi kedua diteruskan oleh bekas pesalah rasuah Md Shahrizal Mohd Dan berkongsi pengalaman menjalani hukuman akibat menerima suapan.

Program diakhiri dengan lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh 120 peserta  yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Kastam Bahagian Perkastaman KLIA, Muzlan Ahmad disaksikan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Datuk Razim Mohd Noor.

Hit : 1776