Berita Pendidikan

SPRM Dekati Warga APAD Perkasa Antirasuah Dalam Tugas Seharian

KUALALUMPUR, 21 Mac – SPRM bekerjasama dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dalam menekankan  mesej antirasuah dalam menjalankan tugas dan peranannya.

Ketua Pengarah APAD, Datuk Azlan Shah Al Bakri dalam ucapannya berharap agar Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang ditandatangani warga APAD ini dihayati dan diperjelaskan tujuannya dalam tugas seharian. Beliau turut mengetuai lafaz IBR memimpin 300 warganya yang diadakan secara bersemuka dan atas talian ke seluruh negara.

Datuk Azlan turut melancarkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) APAD  2023 - 2026 sebagai pelengkap kepada budaya kerja yang berintegriti, antirasuah dan beretika sebagai pemangkin kecemerlangan organisasi.

Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat (PenMas) SPRM, KPKPj Ab Muneim Ibrahim hadir sebagai saksi majlis. Terdahulu, PsK Sivarasan A/L Baby Kalidawson telah memulakan sesi dengan perkongsian “30 Minit Bersama SPRM” sebagai pengisian acara.

Hit : 1182