Berita Terkini

SPRM Seru UKAS Teruskan Kecemerlangan Tanpa Rasuah

PUTRAJAYA, 20 Mac - SPRM seru Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri (JPM) teruskan kecemerlangan tanpa rasuah dalam urusan kerja seharian. Melihat kepada statistik melibatkan UKAS, hanya 6 maklumat diterima sepanjang tempoh 5 tahun antara 2018 hingga 15 Mac 2023, ujar Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat (PenMas) SPRM, Datuk Razim Mohd Noor.

Datuk Razim turut menambah, secara keseluruhan UKAS berada di landasan yang betul dalam usaha memerangi rasuah dan diharapkan prestasi ini berterusan bagi mewujudkan persekitaran kerja yang bebas rasuah. Beliau turut menawarkan kerjasama PenMas untuk program pendidikan yang holistik di UKAS.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi lafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh Ketua Pengarah UKAS, Dato' Shamsul Azri Abu Bakar sebagai mengetuai 150 warga UKAS. 

Mengakhiri sesi, PsK Farizal Muzaffar Hafiz Abd Wahab dari Bahagian Pemeriksaan Dan Perundingan SPRM telah menyampaikan ceramah bertajuk "Pemberi Maklumat : Pembelot atau Penyelamat Organisasi" sebagai pengisian ilmiah program. Turut hadir, Ketua Seksyen Integriti UKAS, KPKPj Fadzillah Shamsuddin.

Hit : 1791